5

Warkah Buat Awak

Posted by ZuLkIFli on 03:23 in

Buat awak bakal peneman hidup kte yang kte sendiri masih lagi x tahu sape..
 Sesungguhnya semuanya datang dari Allah dan Allah sahaja yang memiliki dunia dan seluruh Alam ini. Udara yang kita bernafas ni, Allah x minta sesen pun, tubuh badan, kecantikan, harta, dan segalanya hanyalah pinjaman semata-mata daripada Allah untuk menguji kita. Sejauh manakah taqwa kita kepadaNya? sejauh mana kita bersyukur atas nikmatnya ini?
Buat awk, diri ini tak berharap apapun dari awk.. Tetapi kte cuma harapkan awk menjadi seorang yang solehah. Bukanlah bermaksud perfect sebab setiap org x perfect kt dunia nie. tetapi setidak – tidaknya awk mempunyai keinginan dan mahu menjadi wanita solehah. Di saat kte sunyi dan kecewa, awk menjadi peneman suka duka kehidupan kte dan mengingatkan kte tentang kasih sayang Allah, itu sudah cukup membahagiakan bagi kte. Kte slalu tringat kata2 nie.."Sesungguhnya wanita solehah itu sebaik – baik hiasan di dunia."
Awk, kte pn bukan seorang yang perfect, memang terlalu banyak kekurangan pada diri ni. Ilmu di dada xlah tinggi mana, akhlak pun xlah seindah mana. Tapi, diri ni ingin berubah setiap saat. Setiap detik diri ni juga cuba berubah, kte cuba untuk memperbaiki diri ni. Kte nk sgt  menjadi seorang suami yang dapat menjaga awk dengan baik, dapat bahagiakan awk dengan seadanya. Kte nk sgt sama – sama melangkah kesyurgaNya bukan ke nerakaNya dengan awk.
Buat bakal zaujah kte, kte sedar siapa diri kte, bukan seorang yang menjadi idaman wanita-wanita, sesape pndang pn xtetarik pn. tetapi kte cuma mahukan awk menjadi peneman hidup dalam membina sebuah keluarga muslim yang mengamalkan Islam dalam kehidupan. Baitulmuslim itulah tujuan kte, Sesungguhnya Allah hanya meredhai Islam sebagai cara hidup. Jika kita mengambil Islam sebagai cara hidup kita, pasti kita akan mendapat kejayaan dunia dan akhirat.
Buat awk, kte harap apabila kita sudah menjadi suami isteri, kita sama-sama mempertingkatkan amal di samping saling nasihat-menasihati untuk kebaikan dan kesabaran agar kita ini tergolong dalam orang-orang mukmin. 
Akhir sekali.. kte berharap awk bersedia untuk menjadi zaujah kte, dan menerima diri kte seadanya. Kte arap awk dpt tggu kte wlaupn msenye lame lagi. InsyaAllah.. sebelum tiba mase, kte akan cuba berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang suami yg baik pada awk. Sye arap awk pn same ye.
Semua orang mahukan yang terbaik dan yakinlah apa yang Allah anugerahkan untuk kita itulah yang terbaeeek :)

p/s: xtaw nape ttibe mnulis gini....

5 Comments


Ek ehem.. ada bau nasik minyak perak!! :D

Its look like u hve found someone to care abOut.. ^^, tak salah, tp hati2 ye.. N don't u dare to crush her heart. *ceh!aq macam tau sapa "awak" tu :P

Banyakkan berdOa dan bergantung padaNYA ye..


Berbahagialah 'awak' itu mendapat pasangan soleh. Mungkin die pn akan cakap:"Sama-samalah kita. Selamat3".. :P

Semoga dipermudahkanNya.. :D


aceycey.zul jiwanggg!


so shuwit, pakcik..
may u owez be blessed by HIM..:)

Post a Comment

Copyright © 2009 silence All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.