Assalamualaikum.
bru pas klah SUFA..tapi xpe r mgkin sem nie bkan rezki nk dpt pingat..
semak2 blog2 kt laman seswang nie tjmpe satu kisah yg sgt best klu nk kgsi..
baca la ye..moga2 kite dpt reflect diri kite.amin...
Seorang doktar bergegas ke hospital setelah menerima
panggilan untuk pembedahan emergency. Beliau menukar baju dan terus ke bilik
pembedahan. Beliau nampak bapa budak sedang bermundar-mandir di bilik tersebut
menunggu kehadiran doktor.
Selepas nampak doktor, bapa itu menjerit : “Mengapa lambat
sangat? Doktor tak tahu
nyawa anak saya dalam bahaya?!! Doktor tak de rasa sebarang
tanggungjawab?”
Doktor tersebut tersenyum dan menjelaskan: “Saya mohon maaf.
Saya tiada di hospital dan saya telah datang secepat mungkin… sekarang saya
perlu saudara bertenang supaya saya boleh melakukan kerja saya.”
“Bertenang!!! Mudah cakap. Bayangkan kalau anak doktor yang
di dalam sana!!!! BOLEHKAN DOKTOR BERTENANG?!!! JIKA ANAK SAYA MATI, APA YANG
DOKTOR NAK BUAT!!” jerit bapa budak itu lagi.
Doktor tersebut bersenyum dan berkata : “Saya akan berpegang
pada ajaran Islam - dari tanah kita datang kepada tanah kita dikembalikan…
Doktor tidak boleh memanjangkan umur, hanya Allah boleh. Pergi berdoa untuk
anak saudara dan kami akan cuba lakukan yang terbaik. InshaAllah.”
Bapa itu masih tidak berpuas hati dan berbisik pada hati :
“Mudah bercakap nasihat bila tak kena batang hidup sendiri.”
Pembedahan itu mengambil masa beberapa jam… doktor keluar
dengan senyuman lebar dan ceria.
“Alhamudillah. Anak saudara selamat!”
Tapi tanpa mendengar jawapan bapa tersebut, doktor terus
berkata, “Ada apa-apa tanya jururawat saya.”
Bapa budak tadi tersinggung, “Mengapalah doktor tadi sombong
sangat? Tak boleh ke tunggu dua tiga minit untuk berbincang mengenai keadaan
anak saya?” kata bapa itu ke jururawat…
Jururawat itu tiba-tiba menangis dan berkata, “Anak doktor
Hisham meninggal semalam… accident… beliau tadi di majlis perkebumian ketika
kami menelefon beliau untuk membedah anak encik. Selepas habis bedah, doktor
kena gegas untuk balik mengebumikan anaknya.”
Bapa budak tu tersengam.
Manusia biasa melihat atas, melihat bawah, melihat kiri dan
kanan… ada pula yang pandai melihat dari atas dan melihat dari bawah terhadap
sesuatu perkara….
Tapi mereka sering terlupa untuk melihat diri sendiri.
Adakah anda seorang daripadanya?
sumber dari kuliah
(Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man)