Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza
Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz
Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari
yang lalu.
Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di
Gaza :
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa,
ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak
kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6
RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang
berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka
berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati
baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera
laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel
yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian
putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju
putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka
tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang
melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke
Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah
balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak
dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada
sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi
bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang
dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu
pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza
!!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah
kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat
diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di
Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
p/s: bntulah mreka dgn doa kita..amalkn qunut nazilah n klu boley fhamkn mksudnya utk lbey pnghyatan..
p/s: kerja2 boikot nie dh lame dh buat..cume org kite j x istiqamah dlm prlaksanaan..alhmdulillah ak ase diri ak nie dh lame gler x g mcd kowt..cume produk2 nestle tue kne byk singkirkn agi dlm idup nie..arap2 kwan2 lbey baik dari ak ye =)
# perjuangan rakyat palestin perjuangan bersama! biarlah sedikit pn usaha yg kte lakukan moga2 yg sikit tue dmata Allah besar gnjarannye...